Kelas Mahir Foto Modul 11 - Kepentingan Pasca-Penerbitan & Langkah-Langkah Suntingan Video - Recap/Penutup Video
17 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2026, telah diadakan Kelas Mahir Foto Modul 11 bertajuk “Kepentingan Pasca-Penerbitan & Langkah-Langkah Suntingan Video - Recap/Penutup Video” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Pembelajaran Mahir Foto minggu ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses Suntingan di dalam Fotografi (Asas, Terutama dengan Aplikasi Telefon Pintar). Suntingan dalam fotografi adalah langkah penting untuk meningkatkan kualiti visual gambar. Dengan kemajuan teknologi, proses ini kini dapat dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi pada telefon pintar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: